Sunday, 16 December 2012

Petua Orang Kampung.


Kita ni bila dah sakit tu, baru lak terkedek- kedek na cari ubat kan? Bukan nek beli awal awal, termasuk la saya sendiri. HAHA. dapat pulak sakit memalam buta, klinik hospital semua tutup. ADUH MAKK!! So, I ada da kumpul sket petua- petua tradisional yang bahannya korang boleh dapat kat dalam rumah. Tapi saket biaso jo lah! Kalau tangan ke kaki cabut tu, copek copek la jumpa doktor! HAHA.



Sakit gigi sebab geraham bongsu nak tumbuh

a. Kumur pkai campuran air, garam dan limau nipis. Ulang sampai kurang rasa denyut tu.
b. Sapu Vicks kat bahagian yang saket tu. Jgan ekau telan pulok!!!
c. Kunyah bunga cengkih. Tahan sket la rasa dia tu HAHAH.

Demam

a. Sapu paste of asam jawa kat dahi. Tapi jgan cair sangat, nanti menitik.
b. Masa nak tidur, suro la mak ke adek ke membe selalu lap badan kita ngan tuala lembap, and kaki lak       
    jgan tutup, biar kena angin. Bila da sehat, belanja la orang lap kau tu, sian dia sacrifice waktu tidur dia. :)
c. Jgan layan sangat demam tu! Petang- petang ekau gi jogging ke, kemas rumah. bagi peluh sket badan
d. Minum air bukan 8, 18 gelas sehari pon takpe. kasi buang sket toksin dalam badan tu.

Loya

a. Kunyah mende pahit. Lagi bagus kalau korang tanam pokok tunjuk langit! Pahit tahap haromm i tell u!
b. Makan bnyak sayur dan buah. Zat besi bagus untuk hilangkan loya.

Cirit- birit

a. JANGAN consume any dairy products! mcam susu keju dan sebagainya
b. Minum 100 Plus. Bukan sahaja berguna untuk hilangkan pancit tau? HHA tp make sure gas dia klua dulu
c. Amek air masak segelas, tuang sesudu tepung gandum. (ak serius ni!)
       
Sakit Kepala

a. Tidur. And jgan buat kerja lasak especially. 
b. Minum bnyak air masak atau pon teh O.
c. Ambil beberapa kuntum bunga raya, ramaskan dengan air, sapu kat dahi. 

Batuk dan Kahak

a. Jgan makan makanan berminyak. Cuba try kukus ke, pkai microwave ke.
b. Minum air suam yang dicampur dengan sedikit madu dan perahan limau.
c. Bakar bawang putih dan makan dua ulas sehari. (jgan bnyak sgt nanti badan bau. HEHE)

Rambut banyak kutu

a. Tumbuk tiga ulas bawang putih dan campurkan ngan minyak kelapa. Lumurkan kat rambut and biar for 15 minit. Pastu, pkai la sikat kutu tu.
b. Lumurkan kan rambut dengan minyak tanah. Pastu sikat. Jgan kau maen api lak masa tu!!

Okay la. stakat tu je ak boleh kongsi. I'm sure ada bnyak lagi petua lain korang boleh cari kat internet. And last, ni semua usaha je, sihat ke tak Tuhan tentukan. okay bye! :)


    

1 comment:

  1. Get well soon dahan!!! Cant wait to see u again in college

    ReplyDelete

Drop us a comment ;)